IMF Sangkal Tuduhan AS

2019-08-11 16:49:24  CRI
Share with:
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan yang dikeluarkan Jumaat lalu menyatakan kadar pertukaran renminbi (RMB) pada tahun lepas selaras dengan keadaan. Ini turut membuktikan tindakan AS melabelkan China sebagai “pemanipulasi kadar pertukaran” adalah tidak berasas sama sekali.
 
Menurut laporan tersebut, lebihan akaun semasa China menurun kira-kira 1% kepada 0.4% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas, dan dijangka kekal pada 0.5% tahun ini. Keputusan itu menyangkal dakwaan tidak berasas AS bahawa China memanipuasi kadar pertukaran demi kelebihan dalam perdagangan luar. 

Pada hari sama, pegawai IMF dalam taklimat media menerusi telefon turut menyatakan sokongan kepada China untuk meningkatkan kefleksibelan kadar pertukaran.

 
Majalah “The Economist” Britain juga berpendapat bahawa turun naik nilai RMB kebelakangan ini ialah respons normal pasaran kepada ugutan tarif tambahan baharu AS terhadap China. Hal ini bagaimanapun dikatakan sebagai "memanipulasi kadar pertukaran" oleh Jabatan Perbendaharaan AS. Perbuatan AS seumpama itu bukan sahaja tidak selaras dengan pengetahuan umum, malah dianggap hinaan terhadap keprofesionalan.

 

张哲