Guterres Nasihati Belia Hadapi Krisis Pembelajaran

2019-08-12 14:37:57  CRI
Share with:

Pada saat menjelang Hari Belia Antarabangsa, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam ucapannya menasihati golongan belia bahawa mereka sedang menghadapi krisis pembelajaran. Serentak itu beliau mengkritik pihak sekolah yang gagal mengajar golongan belia dengan pengetahuan tentang pelbagai teknik yang diperlukan dalam revolusi teknologi.

Hari Belia Antarabangsa yang bertemakan "membaharui pendidikan" tahun ini, bertujuan terus menggalakkan pembaharuan pendidikan bagi meningkatkan keinklusifannya serta mengeratkan hubungannya dengan dunia ini.

Guterres menyatakan, pendidikan perlu melibatkan pemberian pengajaran tentang pengetahuan, teknik kehidupan serta memupuk pemikiran yang bersifat mengkritik. Pendidikan juga dikehendaki merangkumi pengetahuan mengenai pembangunan mampan dan perubahan iklim di samping mengembangkan konsep sama rata jantina, perlindungan hak asasi manusia dan budaya damai.

Menurut statistik PBB, sekarang terdapat 1.8 bilion belia yang berumur antara 10 hingga 24 tahun.

曹捷