Israel Dikutuk Cerobohi Masjid Al Aqsa

2019-08-12 14:20:40  CRI
Share with:
Israel dikutuk mencerobohi masjid Al Aqsa. Demikian ujar jurucakap Pejabat Presiden Palestin, Nabil Abu Rdainah semalam.

Menurut beliau, kerajaan Israel wajar bertanggungjawab terhadap konflik yang dipicu ekoran serbu masuk orang Yahudi ke dalam masjid berkenaan. Masyarakat antarabangsa dan negara Arab diseru segera menghalang tindakan permusuhan Israel di Baitulmuqaddis dan masjid tersebut.

Dimaklumkan, sempena hari pertama Aidiladha, lebih 100 ribu umat Islam bersolat di masjid Al Aqsa. Manakala, orang Yahudi dibenarkan polis Israel bagi menziarahi Bukit Kuil untuk memperingati ulang tahun keruntuhan kuil itu yang jatuh pada hari yang sama.

 

高蕾