Pertandingan Model Pesawat Penerbangan Belia 2019 diadakan di Weihai, provinsi Shandong baru-baru ini.
Sebanyak 1,200 orang remaja yang terdiri daripada peminat pembuatan model pesawat penerbangan telah menyertai 11 acara yang dipertandingkan.
Pemimpin negara China dan Amerika Syarikat (AS) telah mencapai kata sepakat yang paling lantang dalam Mesyuarat San Francisco pada tahun lepas bahawa hubungan bilateral seharusnya menjadi stabil dan membaik.
Filipina mempergiatkan provokasinya terhadap China di perairan Terumbu Ren'ai sejak Mac tahun ini. Pada 5 Mac, dua kapal pengawal pantai dan dua kapal pengangkutan logistik Filipina menyerbu secara melulu ke perairan berhampiran terumbu Ren'ai untuk menghantar barang kegunaan harian kepada sebuah kapal perang milik negaranya yang sudah uzur yang 'bersarang' di pantai terbabit. Kemudian, dengan sengaja bertindak menyerbu ke satu perahu milik Pengawal Pantai China (CCG) yang sedang bertugas di perairan terbabit sehingga menyebabkan terjadinya pelanggaran yang ringan. Pasukan penguatkuasa CCG turut mengambil tindakan kawalan yang wajar.
Pada sebelah petang Isnin lalu, Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Nauru David Adeang yang berada dalam jadual lawatan di China.