185 Pelajar Kemboja Terima Biasiswa China

2019-08-13 14:46:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_e77fff56-d7fa-40f8-a42e-30f30b694a49

 

Seramai 185 pelajar Kemboja menerima biasiswa kerajaan China untuk penggal akademik 2019-2020 dalam satu majlis yang diadakan di Kedutaan Besar China semalam.

Duta China, Wang Wentian menyatakan para pelajar hendaklah memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran, menggalas tanggungjawab untuk membangnunkan negara pada masa depan, dan menjadi jejambat untuk memperkukuh komunikasi dan persahabatan antara kedua-dua negara.

Setiausaha Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Yuok Ngoy menyampaikan penghargaan kepada China atas jumlah biasiswa yang bertambah tahun demi tahun. Sejak program biasiswa berkenaan diperkenalkan pada 1998, lebih 3,000 pelajar Kemboja telah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di China.

张宪