Makin Buruk Perang Dagang, Makin Terjejas Ekonomi Dunia

2019-08-13 11:38:37  CRI
Share with:

Tipis kemungkinan China dan Amerika Syarikat (AS) dapat terus berdialog secara ikhlas mengenai isu ekonomi dan perdagangan, selepas AS mengumumkan pertambahan tarif 10% yang melibatkan hampir kesemua produk China.

Pandangan tersebut disuarakan dalam rencana pengarang yang disiarkan akhbar Lianhe Zaobao Singapura, mengulas tindakan AS yang telah mencetuskan bangkangan kuat masyarakat antarabangsa.

Baru-baru ini, AS mengumumkan kenaikan tarif terhadap produk China bernilai USD300 bilion (RM1.26 trilion) berkuat kuasa 1 September, di samping melabelkan China sebagai "pemanipulasi kadar pertukaran".

Sehubungan itu, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing menyatakan, hubungan China dan AS telah banyak berubah pada tahun-tahun kebelakangan ini. AS melihat China sebagai lawan strategik dan tidak berpuas hati terhadap dasar China berkaitan perdagangan, teknologi dan akses pasaran. China pula tidak berpuas hati terhadap percubaan AS untuk mengekang pembangunan dan aksesnya kepada pasaran sejagat.

Beliau berkata, apa jua tindakan yang diambil China dan AS, impak yang akan dirasai masyarakat antarabangsa pasti menjangkau jauh.

曹捷