Mekanisme Interaksi, Wahana Majukan Hubungan

2019-08-13 14:46:59  CRI
Share with:

Mesyuarat kedua mekanisme interaksi sosiobudaya peringkat tinggi antara China dan India berlangsung di Beijing semalam, dipengerusikan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya, S. Jaishankar.

Wang Yi berkata, mekanisme yang disarankan bersama Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Narendra Modi, satu wahana baharu untuk menggalakkan perkembangan komprehensif hubungan sesama negara. 

S. Jaishankar pula berkata, India bersedia bersama-sama China untuk merancakkan pertukaran budaya hingga menampakkan kemajuan lebih cemerlang. 

Selepas mesyuarat, kedua-dua menteri memeterai pelan tindakan pertukaran dan kerjasama antara kementerian luar bagi tahun depan, serta menyaksikan pemeteraian beberapa dokumen kerjasama melibatkan budaya, sukan, perubatan tradisional dan muzium.

张宪