Penggunaan FDI Terus Meningkat

2019-08-14 13:20:59  CRI
Share with:

Data terkini Kementerian Perdagangan China menunjukkan, sebanyak 24,000 syarikat modal asing baharu ditubuhkan di China pada tujuh bulan pertama tahun ini.

Penggunaan sebenar Pelaburan Langsung Asing (FDI) meningkat 7.3% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan melebihi RMB530 bilion (RM316 bilion)).

Pembuatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi mengekalkan pertumbuhan pesat.

Dalam tempoh yang sama, pelaburan dari Jerman melonjak 72.4%, Republik Korea bertambah 69.7%, sementara Jepun dan Belanda masing-masing naik 12.6% dan 14.3%.

Selain itu, pelaburan dari Kesatuan Eropah meningkat 18.3%, manakala yang dari negara-negara Jalur dan Laluan meningkat 5%.

 

高蕾