Jackie Chan Mahu Hong Kong Kembali Tenteram

2019-08-14 11:06:32  CRI
Share with:

Ikon filem Kungfu China, Jackie Chan menyatakan rasa bimbang dan sedih melihat situasi semasa di Hong Kong. 

Dalam satu temu bual baru-baru ini, beliau menyifatkan penglibatan dalam kempen "1.4 Bilion Bersama Jaga Bendera Merah Lima Bintang" sebagai menzahirkan semangat patriotiknya selaku orang Hong Kong dan orang China.

Jackie juga mengibaratkan keselamatan dan ketenteraman sebagai udara, yang hanya akan dihargai apabila sudah hilang.

Katanya lagi, Hong Kong ialah kampung halamannya dan China tanah airnya. Beliau amat menanti-nantikan Hong Kong kembali tenteram dengan secepat mungkin.

张宪