Tiada Tempat untuk Tangan Hitam

2019-08-14 15:08:05  CRI
Share with:

Akhir-akhir ini, ada segelintir di dunia Barat yang mempunyai motif tersembunyi, tidak sabar lagi untuk keluar dari sebalik tabir pentas dan mencampuri urusan Hong Kong secara terang-terangan.

Menteri Luar Britain, Dominic Raab telah menghubungi Ketua Eksekutif Hong Kong menerusi telefon untuk mengenakan tekanan, manakala jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat "memuji" gambar pegawai konsul jeneralnya bersama aktivis "kemerdekaan Hong Kong". Tindakan tersebut telah melanggar undang-undang dan norma hubungan antarabangsa.

Ekoran keadaan semasa, Hong Kong telah menyaksikan pendapatan kasar industri kateringnya merudum ke paras terburuk dalam 10 tahun, sementara pelancongan, salah satu industri utamanya, terkena impak teruk. Pasti parah keadaan ekonomi Hong Kong jika impak sama merebak kepada sektor-sektor lain seperti perkhidmatan kewangan, perdagangan dan logistik.

Hong Kong kini berdepan perjuangan antara hidup dan mati yang menentukan masa depan dan nasibnya. Adalah amat mustahak untuk menghentikan kekerasan serta-merta. Penduduk Hong Kong seramai tujuh juta tidak akan membiarkan kuasa-kuasa Barat berbuat sesuka hati di kampung halaman mereka, dan kegemerlapan "Mutiara Timur" tidak akan dibiarkan pudar.

高蕾