Pendapatan Sektor Pelancongan Singapura Susut

2019-08-14 15:08:42  CRI
Share with:

Singapura merekodkan jumlah pelancong asing sebanyak 4.7 juta pada suku pertama tahun ini, meningkat 1% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun, pendapatan sektor pelancongan susut 4.8% kepada SGD6.5 bilion (RM19.65 bilion). 

Data terkini lembaga pelancongan menunjukkan, China tetap sumber pelancong terbesar bagi Singapura, dengan sumbangan paling banyak kepada pendapatan pelancongan.

Pergeseran perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat, sikap pesimik pelancong terhadap pertumbuhan ekonomi, faktor ketidaktentuan ekoran Britain keluar daripada Kesatuan Eropah, masa singgah pelancong makin pendek, dan turun naik kadar pertukaran SGD dianggap punca berkurangnya pendapatan sektor terbabit.

高蕾