Tiga Negara Bincang Prospek Kerjasama

2019-08-14 11:50:56  CRI
Share with:


Prospek kerjasama tiga pihak menjadi fokus seminar anjuran Sekretariat Kerjasama China, Jepun dan Korea Selatan di Seoul semalam.

Naib Presiden Persatuan Diplomasi Awam China (CPDA), Hu Zhengyue menyatakan kerjasama tiga pihak perlu mengutamakan keamanan dan kestabilan di Asia Timur Laut, memperkukuh hubungan bilateral, melindungi sistem perdagangan multilateral, meneroka mod kerjasama baharu dan menggalakkan diplomasi di kalangan rakyat. 

Ketua Setiausaha sekretariat, Lee Jong-heon pula berkata, tiga negara ini telah menyaksikan kemajuan besar tercapai sama ada dalam sinergi antara kerajaan mahupun interaksi kalangan rakyat dalam tempoh 20 tahun lalu. Namun, wujudnya banyak cabaran dalam hubungan sesama negara berkenaan. 

Katanya, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengintensifkan kerjasama serantau.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张宪