Pesta Interaksi Elit Muda China, ASEAN

2019-08-14 11:07:50  CRI
Share with:


Pesta Interaksi Elit Muda China dan ASEAN ke-7 dirasmikan di Universiti Hainan semalam.

Pesta yang berlangsung selama lima hari menjanjikan program ceramah bertema, sesi interaksi, lawatan, persembahan seni dan sastera serta pertandingan sukan yang berlokasi di Haikou, Qionghai dan Sanya. Seramai kira-kira 100 wakil belia dari China dan tujuh negara ASEAN akan mengambil bahagian.

Sejak dilancarkan di Beijing pada 2013, pesta itu telah menjadi wahana penting bagi interaksi lingkungan pemuda elit dari China dan negara-negara ASEAN.

Acara tahun ini bertemakan “Maju Belia demi Laluan Sutera”.

张宪