Myanmar Siar Drama "Mimpi Rumah Agam Merah"

2019-08-14 13:54:12  CRI
Share with:

Drama bersiri Mimpi Rumah Agam Merah versi bahasa Myanmar mula ditayangkan di kaca televisyen seluruh negara berkenaan pada 12 Ogos.

Satu majlis pelancaran diadakan Nay Pyi Taw pada hari yang sama, anjuran Stesen Televisyen Guangxi bersama Radio dan Televisyen Negara Myanmar.

Menteri Penerangan Myanmar, Pe Myint menyatakan China dan Myanmar telah menjalankan kerjasama yang luas terutamanya dalam bidang penyiaran maklumat, yang telah pun membuahkan hasil praktikal.

Duta Besar China, Chen Hai pula menganggap penterjemahan dan penyiaran drama tersebut bukan sahaja bukti kepada pertalian budaya yang bersejarah lama malah memaparkan hasil kerjasama budaya kedua-dua negara. 

Drama televisyen Mimpi Rumah Agam Merah diterbitkan oleh China pada 1987 dengan 36 episod yang mengisahkan manis pahit kehidupan di Beijing pada abad ke-18.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷