Polis Hong Kong Sabar, Bertenang

2019-08-14 15:07:13  CRI
Share with:

Polis Hong Kong dianggap cukup bersabar ketika menangani pemprotes melampau, berlainan dengan polis di dunia Barat yang biasanya bertindak kasar untuk mengawal keadaan dengan secepat mungkin

Bekas ketua polis Negeri Connecticut Amerika Syarikat, Henry Lee mencadangkan Hong Kong memperhebat latihan kecekapan mengumpulkan maklumat, membuat keputusan, dan menyuraikan perusuh.

Mantan timbalan ketua polis New York, Hugh H. Mo berkata, tunjuk perasaan di Hong Kong telah bersimpang daripada konsep damai. Polis disarankan mengambil tindakan yang lebih intensif bagi mengelak situasi menjadi tidak terkawal.

Andy Kurdreck, orang Britain yang pernah bertugas untuk polis Hong Kong pada 1976 hingga 1991 pula berkata, jika polis tidak menguatkuasakan undang-undang, rusuhan akan mendatangkan keadaan anarki. Pemprotes yang melemparkan batu-bata dan peluru minyak petrol wajar diheret ke muka pengadilan.

高蕾