Bukan Berjuang, Cuma Mahu Tumbangkan Kerajaan

2019-08-16 14:59:15  CRI
Share with:

Kekacauan yang kononnya bagi memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi di Hong Kong, sebenarnya percubaan untuk menumbangkan kerajaan tempatan melalui penggunaan kekerasan, mencabar kewibawaan kerajaan pusat dan menggoyangkan asas prinsip "satu negara, dua sistem".

Dalam Forum Undang-undang Antarabangsa 2019 semalam, Pesuruhjaya Khas Kementerian Luar di Hong Kong, Xie Feng berkata, adalah salah sama sekali bagi mana-mana negara asing menggunakan Perisytiharan Bersama China-Britain untuk mencampuri urusan Hong Kong.

Perisytiharan itu hanyalah satu deklarasi sepihak mengenai urusan dalaman China.

Xie Feng menegaskan, kerajaan pusat menyokong pentadbiran kerajaan tempatan Hong Kong serta penguatkuasaan undang-undang oleh polis dan badan kehakiman.

高蕾