Undang-undang, Asas yang Perlu Dijunjung

2019-08-16 14:50:18  CRI
Share with:

Dasar "satu negara, dua sistem" dan Undang-undang Asas Hong Kong dianggap asas bagi ketenteraman dan kedaulatan undang-undang di Hong Kong.

Para pakar dan sarjana yang menghadiri sesi taklimat Pejabat Penerangan Dewan Negara China semalam, juga menganggap bahawa satu-satunya jalan untuk mengatasi masalah kekerasan dan perpecahan masyarakat di Hong Kong dewasa ini ialah dengan kembali ke landasan undang-undang.

Ketua Institut Undang-undang "Satu Negara, Dua Sistem" Universiti Renmin China, Han Dayuan menyatakan, walaupun keadaan semasa di Hong Kong berdepan cabaran besar, namun segala pertelingkahan dan perbezaan pendapat pasti dapat diatasi kerana wilayah itu memiliki tradisi menjunjung kedaulatan undang-undang.

Para pakar menganggap status Hong Kong selaku pusat kewangan hanya dapat diperkukuh dalam rangka "satu negara dua sistem" dan ketenteraman sosial berdasarkan Perlembagaan dan Undang-undang Asas Hong Kong.

Ketua eksekutif Pusat Penyelidikan Undang-undang "Satu Negara, Dua Sistem" Universiti Beihang, Tian Feilong pula menyatakan, jika status Hong Kong goyah, yang terkena impaknya bukan hanya China, tetapi juga negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat. Pelbagai lingkungan di Hong Kong hendaklah bersatu padu untuk menghentikan rusuhan, memulihkan order masyarakat dan menjaga status dengan berlandaskan kedaulatan undang-undang.

 

曹捷