Askar Pakistan, India Bertempur di Kashmir

2019-08-16 14:39:48  CRI
Share with:

Tiga askar Pakistan terbunuh di garis kawalan sempadan di Kashmir selepas dibedil tembakan tentera India.

Sumber tentera Pakistan dalam media sosial memaklumkan bahawa, kedua-dua pihak berbalas tembakan, menyebabkan sekurang-kurangnya lima askar India ditembak mati dan ramai lagi cedera. Beberapa bunker tentera India turut dimusnahkan.

Media India memetik kenyataan tentera negaranya yang mengesahkan berlaku insiden tembak-menembak itu. Pihak India menuduh Pakistan melanggar perjanjian gencatan senjata, namun menafikan kematian lima askarnya. 

Pada 5 Ogos, kerajaan India memansuhkan Fasal 370 Perlembagaan yang memberi status khas kepada Kashmir. Susulan itu, Pakistan menggantung perdagangan dan menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan India.

张宪