Peluang Dibawa BRI Jadi Fokus Dialog

2019-08-16 14:44:28  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta ekonomi global menjadi fokus Dialog Asia Baharu yang diadakan di Kuala Lumpur pada 14 hingga 15 Ogos.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan dalam ucapannya membentangkan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan Malaysia dan China selama lebih 40 tahun lalu. 

Beliau menyatakan, selepas BRI disarankan pada 2013, hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara berkembang maju. Beliau berharap kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelancongan dapat dilonjakkan ke tahap baharu pada masa depan.

Pengerusi Pusat Pengajian Dasar Asia Baharu Malaysia, Ong Tee Keat berkata, BRI telah menyediakan pelan yang lebih inklusif kepada dunia, yang turut mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.

Duta Besar China, Bai Tian pula menyatakan, infrastruktur yang ketinggalan mengekang pembangunan negara-negara Asia yang kebanyakannya negara membangun. BRI dipercayai dapat memenuhi keperluan pembangunan negara-negara Asia serta menyediakan gagasan dan pendekatan baharu demi pertumbuhan inklusif.

Dialog Asia Baharu dianjurkan Pusat Pengajian Dasar Asia Baharu Malaysia, mengundang kehadiran ahli kumpulan pemikir dan pakar industri dari 11 negara.

曹捷