Makin Ramai Tampil Sedia Pertahan Bendera

2019-08-16 14:30:24  CRI
Share with:

Perbuatan sesetengah pemprotes melampau di Hong Kong yang membuang bendera kebangsaan China ke dalam laut, mengundang kemarahan dan kecaman seluruh rakyat.

Berlatarbelakangkan perkembangan ini, kempen "1.4 Bilion Bersama Jaga Bendera Merah Lima Bintang" telah menarik semakin ramai peserta sejak dilancarkan pada awal bulan. Setakat ini, hashtag kempen tersebut telah diklik dan dibaca lebih 5 bilion kali.

Antara pencinta negara yang menyuarakan semangat patriotik mereka termasuk ikon filem kung fu, Jackie Chan. Sambil menyatakan rasa bimbang dan sedih melihat situasi semasa di Hong Kong, beliau mengingatkan bahawa keselamatan dan ketenteraman ibarat udara, yang hanya akan dihargai apabila sudah hilang.

Wang Yao, seorang pelajar kolej yang mengatakan diri berbesar hati menjadi penjaga bendera, menyeru seluruh rakyat agar menjauhi kelakuan yang menghina bendera kebangsaan dan mencabuli kedaulatan negara.

张宪