Kertas Putih Tangkis Tiga Fitnah terhadap Latihan Vokasional di Xinjiang

2019-08-17 13:39:49  CRI
Share with:

Kerajaan China menyiarkan sebuah Kertas Putih mengenai pendidikan dan latihan kemahiran vokasional di Xinjiang Jumaat lalu untuk membuat penerangan dan penjelasan yang teliti kepada masyarakat antarabangsa berhubung latar belakang bagi membina pusat-pusat vokasional, isi kandungan kurikulum serta hasil yang tercapai. Fakta-fakta yang berkaitan dilihat berperanan menangkis tiga fitnah utama yang direka-reka sesetengah orang Barat terhadap kempen anjuran kerajaan China itu, dan mendedahkan niat sebenarnya yang mencampuri urusan dalaman China dengan beralasan hak asasi manusia dan mengambil dwistandard.


Pusat-pusat vokasional Xinjiang sifatnya adalah sekolah, dan sama sekali bukan seperti yang disifatkan Barat sebagai 'penjara'.

Pusat-pusat seumpama itu menawarkan pendidikan vokasional secara percuma untuk membantu mereka yang menerima pendidikan di sana dapat menjauhi diri daripada pengaruh buruk fahaman keganasan dan ekstremisme, serentak itu dapat belajar menguasai teknik profesion tertentu. Kebebasan dan hak para pelajar penuh dihormati dan terjamin.
Pusat-pusat seumpama itu tidak pernah menjalankan apa yang disebut sebagai “penghapusan budaya” terhadap etnik-etnik minoriti seperti etnik Uygur. Terpilihnya para pelajar di sana adalah mengikut rekod mereka yang sama ada pernah melakukan kegiatan keganasan, ekstremis keagamaan atau jenayah, dan sama sekali tidak berkaitan dengan tempat asalnya, etnik dan agama.

Menurut keperluan praktikal dalam menentang keganasan dan ekstremisme di Xinjiang, pusat-pusat vokasional menawarkan kuliah pendidikan termasuk bahasa kebangsaan, pengetahuan undang-undang dan latihan vokasional yang tidak boleh dilihat sebagai penindasan terhadap budaya etnik minoriti. Hakikatnya, justru sebahagian penganut agama yang tidak faham bahasa Mandarin dan undang-undang serta kekurangan teknik pekerjaan, mudah digunakan dan dihasut oleh kelompok ekstremis keagamaan.

Pusat-pusat vokasional tidak pernah menindas agama termasuk agama Islam. Undang-undang China melarang sebarang tindakan diskriminasi yang berasaskan tempat, etnik dan agama.
Kempen tersebut benar-benar bertujuan memastikan rakyat pelbagai entik di Xinjing menikmati hak nyawa, kesihatan dan pembangunan. Insiden keganasan sudah lenyap di Xinjiang dalam tempoh hampir tiga tahun berturut-turut. Pada setengah pertama tahun ini, momentum perkembangan sosioekonomi semakin baik di Xinjiang yang menyaksikan pelancong dari dalam dan luar China ke sana meningkat 46%, mencatat 75.89 juta orang lebih. 
曹捷