Singapura Perhatikan Pembangunan Integrasi Serantau

2019-08-17 14:57:23  CRI
Share with:


Forum Perusahaan yang juga Sidang Kemuncak Infrastruktur Serantau Singapura ke-5 anjuran Persatuan Industri dan Usahawan Singapura (SBF) telah diadakan di Singapura pada 15 dan 16 Ogos ini. Lebih 800 orang tokoh sektor perusahaan dan pegawai kerajaan dari 45 buah negara dan kawasan telah menghadiri forum tersebut untuk membincangkan pembangunan integrasi serantau. Para hadirin turut menyanjung tinggi Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI). 

Penasihat Negara yang juga Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara Singapura, Teo Chee Hean dalam majlis perasmian berucap bahawa pelbagai negara perlu bersama-sama menyelesaikan keperluan infrastruktur penting untuk meneroka potensi ekonomi Asia. Singapura yang giat melibatkan diri dalam BRI, bersedia bersama China mewujudkan suasana terbuka dan inklusif di rantau ini supaya dapat menarik penyertaan rakan kerjasama pelbagai pihak untuk menjalankan pembinaan infrastruktur. 

Pengerusi SBF, S.S.Teo pula mengambil program kesalinghubungan strategik China(Chongqing)-Singapura sebagai contoh dalam ucapan beliau untuk memuji laluan baharu darat-laut ini atas sumbangannya dalam mendorong perdagangan antara barat China dengan Asia Tenggara bahkan lebih banyak kawasan. 

Duta Besar China di Singapura, Hong Xiaoyong pula berkata, China berharap pelbagai pihak dapat memainkan kelebihan masing-masing untuk mewujudkan hubungan rakan yang saling menghubungkan di arena antarabangsa melalui kerjasama sama ada bilateral, trilateral ataupun multilateral.

张宪