Cathay Pacific Airways Ganti Dua Pegawai Kanan Baharu

2019-08-17 12:50:08  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_何杲辞任行政总裁职务,邓健荣被任命为行政总裁

Lembaga Pengarah Cathay Pacific Airways selepas mengadakan mesyuarat semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada Rupert Hogg untuk meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif, dan Paul Loo meletakkan jawatan sebagai ketua urusan pelanggan dan perniagaan. Seterusnya, kedua-dua jawatan kosong itu disandang oleh Augustus Tang dan Ronald Lam.


Hogg menyatakan, beliau dan Loo sebagai pegawai kanan sepatutnya memikul tanggungjawab ke atas cabaran yang dialami syarikatnya dalam tempoh beberapa minggu lalu.
 
图片默认标题_fororder_林绍波被任命为顾客及商务总裁

Pengerusi Lembaga Pengarah John Slosar menyatakan, perkara yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan perjanjian syarikatnya mengenai jaminan keselamatan penerbangan dan keamanan dikuatir masyarakat, sementara reputasi dan jenamanya terkena tempias. Maka, inilah masa tepat bagi menggantikan pegawai kanan baharu untuk membina semula keyakinan dan memimpin Cathay Pacific Airways berkembang semula.

Cathay Pacific Airways menyokong penuh prinsip “satu negara dua sistem” yang terkandung dalam Undang-undang Asas Hong Kong dan juga penuh keyakinan terhadap masa depan Hong Kong yang cerah.
 
图片默认标题_fororder_航班跟踪数据显示,8月11日由纽约飞往香港的国泰航空CX899航班起飞时间推迟了近18个小时,起飞后经过俄罗斯上空时绕过中国领空,飞到日本上空,备降大阪。
曹捷