China Sokong Kerajaan dan Polis Hong Kong Pelihara Kedaulatan Undang-undang

2019-08-17 13:57:15  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, sejak bulan Jun, rusuhan kekerasan yang berlaku di Hong Kong semakin meruncing sehingga mencabuli kedaulatan undang-undang dan tata tertib masyarakat, merosakkan kestabilan dan kemakmuran Hong Kong, dan berkembang menjadi cabaran secara terang-terangan terhadap garis batas prinsip "satu negara dua sistem". Tugas yang paling mendesak dan paling penting buat masa sekarang adalah menghalang keganasan dan kekacauan di sisi undang-undang dan memulihkan order masyarakat.

Kerajaan pusat China teguh menyokong pentadbiran kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong yang diketuai Ketua Eksekutif Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, penguatkuasaan polis Hong Kong dengan ketat dan hukuman terhadap penjenayah yang dibuat oleh jabatan dan badan kehakiman Hong Kong.

Hua berkata demikian dalam sidang media semalam ketika ada wartawan bertanya tentang laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyeru pemimpin China bertemu dengan pemprotes agar isu Hong Kong diselesaikan dengan baik. 

曹捷