China Seru Pakistan, India Selesaikan Pertikaian Via Langkah Keamanan

2019-08-17 14:42:48  CRI
Share with:

Perbincangan tidak rasmi melibatkan “Isu India-Pakistan” telah diadakan oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pagi semalam untuk mendengar laporan tentang perkembangan situasi Kashmir dan laporan kerja kumpulan pemerhati ketenteraan India-Pakistan PBB (UNMOGIP). Duta Besar China di PBB, Zhang Jun setelah perbincangan tersebut telah menemui wartawan. Menurut beliau, UNSC menumpukan perhatian besar terhadap situasi Kashmir, dan berharap kedua-dua pihak mengelakkan situasi terus memburuk serta menyeru India dan Pakistan menyelesaikan masalah melalui dialog. Zhang Jun berkata, isu Kashmir ialah isu antara India dengan Pakistan yang peninggalan sejarah, dan perlu diselesaikan melalui langkah keamanan berdasarkan “Piagam PBB”, resolusi berkenaan UNSC dan perjanjian bilateral. Ini konsensus masyarakat antarabangsa. Dalam pada itu, Zhang Jun pula menunjukkan bahawa penggubalan perlembagaan dilakukan India mencetuskan ketegangan di wilayah Kashmir, sekali gus mencabar kedaulatan dan kepentingan China, melanggar perjanjian kedua-dua pihak tentang perlindungan keamanan dan ketenteraman kawasan sempadan. Oleh itu, China menyeru agar India dan Pakistan mengambil kira pembangunan negara, dan menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui langkah keamanan serta melindungi keamanan dan kestabilan serantau.

张宪