Pelancong China, India Bebas Visa di Thailand

2019-08-17 16:20:32  CRI
Share with:

Pelancong China dan India akan diberi layanan bebas visa di Thailand dalam tempoh 15 hari.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Pipat Rachagitpragan memaklumkan, rancangan tersebut telah diserahkan kepada kabinet. Kalau diluluskan, dasar berkenaan bakal berkuat kuasa pada 1 November hingga 31 Oktober tahun depan.

Dimaklumkan lagi, dasar bebas bayaran visa semasa ketibaan yang ditawarkan kepada 21 buah negara dan kawasan akan tamat tempohnya pada 31 Oktober nanti, dan telah dimohon dilanjutkan setahun. Walaupun pendapatan kerajaan Thailand melalui bayaran visa akan berkurangan THB30 bilion (RM 4.05 bilion), pendapatan pelancongan akan meningkat sekurang-kurangnya 10 kali ganda berkat pelaksanaan dasar bebas visa di negara itu.

高蕾