Perhimpunan Anti Kekerasan di Hong Kong

2019-08-18 14:25:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_反暴力救香港大集会1

Persekutuan Besar Membela Hong Kong telah mengadakan perhimpunan "memerangi kekerasn bagi menyelamatkan Hong Kong" di Taman Tamar Admiralty petang semalam, yang menyeru pelbagai kalangan masyarakat tempatan menentang kekerasan dalam sebarang bentuk dan memulihkan tata tertib yang normal dengan secepat mungkin. Pihak penganjur mengumumkan jumlah peserta perhimpunan itu mencatat 476 ribu orang.

图片默认标题_fororder_反暴力救香港大集会3

 

Cuaca petang semalam di Hong Kong kurang baik, dengan menyaksikan berlakunya hujan ribut. Namun ini tidak menjadi halangan bagi ramai penduduk Hong Kong menyertai perhimpunan berkenaan. Para peserta menyatakan bahawa tidak kira betapa buruk cuacanya, mereka tetap memilih menyertai aktiviti itu untuk menyuarakan tentangan terhadap kekerasan, sokongan kepada polis dan harapan membela kampung halaman.

Pengerusi Persatuan Buruh Hong Kong, Wu Qiubei selaku salah satu hos perhimpunan itu menyatakan, terdapat sesetengah pelampau yang tidak mempedulikan hasrat rakyat arus perdana, menjejaskan kehidupan kebanyakan orang yang damai dan aman, dan berniat menjatuhkan Hong Kong ke dalam kancah penderitaan. Ini tidak dapat diterima. Maka, perhimpunan ini bertujuan menyuarakan 7 tuntutan termasuk menghentikan kekerasan, jangan mengganggu kehidupan orang awam, menghalang perbuatan yang bersifat merosak, menghormati kedaulatan undang-undang, mencegah perpecahan masyarakat dan kembali ke landasan yang tepat. Selain itu, pihak penganjur akan terus mendorong aktiviti bagi menyokong pasukan polis Hong Kong.

Para peserta perhimpunan tersebut termasuk tokoh-tokoh terkenal Hong Kong dari kalangan perniagaan, hiburan dan politik serta perwakilan dari masyarakat Hong Kong yang berbilang kaum.

图片默认标题_fororder_反暴力救香港大集会4

曹捷