Media DPRK Kecam Latihan Tentera Bersama AS-Korea Selatan

2019-08-18 14:44:10  CRI
Share with:

Media Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam mengutuk latihan tentera yang sedang dijalankan bersama-sama oleh Amersika Syarikat (AS) dan Korea Selatan telah membelakangi perjanjian berkenaan yang dibuat dalam pertemuan pemimpin DPRK dan AS sebelum ini. Latihan itu dianggap sebagai "raptai perang" yang menyasarkan DPRK, yang akan memaksa negara itu mengambil tindakan balas bagi memelihara kedaulatan dan maruah negara.

Agensi Berita Pusat DPRK semalam menyiarkan satu rencana yang berkata, menghentikan latihan bersama seumpama itu adalah perjanjian Presiden AS dalam pertemuan dengan pemimpin DPRK di Singapura dan Panmunjom. Sifat latihan yang menceroboh tidak dapat disembunyikan. AS perlu ingat, amaran DPRK yang berulang kali tidak akan menjadi sia-sia.

Menurut laporan agensi berita tersebut, pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-Un telah mengarahkan pelancaran 'senjata baharu' pada pagi kelmarin.

AS dan Korea Selatan melancarkan latihan tentera bersama bermula 5 Ogos lalu, yang telah mengundang bantahan keras daripada kerajaan dan media DPRK.

曹捷