Penduduk Hong Kong Seru Pulihkan Order Masyarakat

2019-08-18 14:30:53  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_反暴力救香港大集会2

Persekutuan Besar Membela Hong Kong telah mengadakan perhimpunan "memerangi kekerasn bagi menyelamatkan Hong Kong" di Taman Tamar Admiralty petang semalam. Ramai penduduk Hong Kong yang tidak mengira cuaca hujan, memilih keluar menyuarakan keinginan mereka untuk membela Hong Kong dan menyeru tata tertib masyarakat dipulihkan dengan secepat mungkin.


Semakin ramai penduduk Hong Kong menyedari bahawa ada orang berharap kekacauan diteruskan sehingga Hong Kong tergendala bahkan kemakmurannya dimusnahkan. Maka, dalam aktiviti tersebut ratusan ribu penduduk Hong Kong memilih keluar menyuarakan bantahan terhadap kekerasan yang dilihat sebagai hasrat rakyat arus perdana Hong Kong.

Perbuatan kekerasan semakin dikecam orang ramai. Semakin ramai penduduk Hong Kong menyokong tegas penguatkuasaan polis dengan ketat, dan menuntut menghalang semua kelakuan yang melanggar undang-undang yang bersifat menghina, merosak dan merusuh. Mereka menyeru menyelesaikan masalah Hong Kong dewasa ini berdasarkan undang-undang, dan memelihara kedaulatan undang-undang. Mereka juga berharap agar pelbagai kalangan Hong Kong bersatu-padu, menumpukan perhatian kepada ekonomi dan kehidupan rakyat, dan mengambil peluang yang mempunyai makna sejarah untuk meneroka masa depan Hong Kong yang lebih cerah.

图片默认标题_fororder_反暴力救香港大集会4

曹捷