Henti Kekerasan Prasyarat Baiki Keadaan

2019-08-19 14:33:39  CRI
Share with:

Langkah-langkah rangsangan ekonomi telah dilancarkan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, namun penggunaan kekerasan dalam tunjuk perasaan hendaklah dihentikan serta-merta jika mahu membaiki keadaan. 

Setiausaha Pentadbiran, Setiausaha Kewangan dan Setiausaha Kehakiman Hong Kong semalam masing-masing menyatakan, kekerasan dan kerosakan yang berlaku akhir-akhir ini telah merencatkan sektor ekonomi.

Kehidupan penduduk turut terjejas, begitu juga ketenteraman sosial dan kedaulatan undang-undang, malah imej Hong Kong di persada antarabangsa. 

Hong Kong kini berdepan situasi ekonomi yang suram, hinggakan unjuran pertumbuhan ekonomi sebenar wilayah itu pada tahun ini diturunkan kepada kosong hingga satu peratus.

Semua lapisan masyarakat tempatan diseru mengetepikan prejudis dan kebencian, mengutamakan kepentingan jangka panjang Hong Kong dan menghargai hasil pembangunan selama ini serta memastikan pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" berjalan lancar, agar Hong Kong dapat kembali gemilang selangkah demi selangkah.

徐国玮