Ketenteraman HK Aspirasi Bersama

2019-08-19 14:35:18  CRI
Share with:

Beribu-ribu penduduk Hong Kong menyertai perhimpunan bagi menyeru kekerasan diakhiri dan Hong Kong diselamatkan pada Sabtu lalu. Akhbar tempatan rata-rata membuat laporan tentang perhimpunan tersebut semalam.

Media arus perdana dan segenap masyarakat tempatan beranggapan, perhimpunan tersebut menunjukkan bahawa menghentikan rusuhan telah menjadi aspirasi bersama orang awam. Mereka menyeru penduduk menyokong usaha kerajaan dan polis agar bersama-sama memelihara kemakmuran dan ketenteraman Hong Kong.

Tinjauan akhbar Ta Kung Pao terhadap peserta perhimpunan mendapati, kemarahan penduduk Hong Kong sudah sampai tahap yang kritikal. Mereka menyatakan diri telah hilang sabar, dan bersedia untuk membalas perbuatan pemprotes melampau jika penggunaan kekerasan tidak dihentikan.

Wen Wei Po pula membuat liputan melalui wawancara terhadap tokoh-tokoh industri, perdagangan dan kebudayaan, yang sebulat suara menyatakan kekerasan mesti dihentikan.

Pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong telah menyuarakan sokongan terhadap perhimpunan semalam. Mereka menggesa kekerasan dihentikan bagi membolehkan pulihnya pembangunan ekonomi dan ketenteraman sosial.

徐国玮