Wartawan Tempuh Semula Long March

2019-08-19 14:17:32  CRI
Share with:

Aktiviti kembara wartawan menempuh semula jalan Long March, yang diadakan bertepatan dengan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, memberi kesempatan untuk penghayatan semangat pahlawan lalu yang ditempa dengan pengorbanan nyawa dan darah.

Presiden Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyatakan, wawancara di sepanjang laluan perjalanan Tentera Merah dapat menghidupkan semula kisah-kisah gemilang zaman revolusi.

Beliau berkata, semangat Long March merupakan penggalak spiritual bagi rakyat China yang berbilang etnik untuk terus melangkah ke hadapan.

Para pegawai dan anggota PKC diharap menimba pengajaran daripada sejarah Parti dan negara, benar-benar menghargai negara dan jalan sosialisme yang tidak datang dengan mudah, serta menyemarakkan semangat Long March dalam usaha merealisasikan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa.

胡星