Tetap Mahu Dialog Isu Peluru Berpandu

2019-08-19 13:39:30  CRI
Share with:

Rusia tetap mahu meneruskan dialog dengan Amerika Syarikat (AS), meskipun Washington telah menarik diri daripada perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF).

Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoygu dalam temu bual bersama saluran televisyen “Rusia-24" Sabtu lalu menyatakan, pintu rundingan pihaknya sentiasa terbuka.

Rusia tidak akan mengambil sebarang tindakan hinggalah munculnya sistem peluru berpandu jarak sederhana dan pendek di Eropah. Pendekatan sama akan diambil berhubung Asia Pasifik.

Shoygu berkata, sejak Februari lagi, kementeriannya telah berkali-kali menyarankan dialog dengan AS bagi memulihkan INF. Rusia juga mencadangkan perkongsian maklumat peluru berpandu 9M729 dengan AS, namun tidak mendapat sebarang respons.

Pada Disember tahun lepas, AS menuduh Rusia melanggar lingkungan jarak yang ditetapkan INF dengan membangunkan peluru berpandu krus 9M729.

Pada 2 Ogos tahun ini, AS mengumumkan pengunduran daripada INF. Susulan itu, Rusia menggantung pelaksanaan perjanjian tersebut.

覃淼