Lagi Kecam Kekerasan di Hong Kong

2019-08-19 14:15:41  CRI
Share with:

Pelbagai lingkungan di seberang laut menyuarakan sokongan terhadap pendirian kerajaan China berhubung situasi di Hong Kong akhir-akhir ini.

Mereka mengecam penggunaan kekerasan oleh pemprotes dan campur tangan kuasa asing yang ingin merosakkan ketenteraman sosial di Hong Kong.

Istana Presiden Palestin dalam satu kenyataan mengulangi semula sokongan terhadap usaha China memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, menolak campur tangan dari luar serta menjaga kemakmuran dan kestabilan Hong Kong.

Akhbar Rodong Simun baru-baru ini mengulas, kerajaan Republik Rakyat Demokratik Korea menyokong segala tindakan yang diambil parti dan kerajaan China untuk memastikan pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem".

Pengerusi Persatuan bagi Penyatuan China Secara Damai di Filipina, Zhang Zhaohe pula berkata, hal ehwal Hong Kong merupakan urusan domestik China. Sebarang percubaan untuk menggangu ketenteraman sosial di Hong Kong dan menjejaskan pembangunan China pasti akan gagal.

胡星