Xi Ucapkan Tahniah Forum Taman Negara

2019-08-19 17:22:15  CRI
Share with:

Forum Taman Negara pertama membuka tirai di Xining, ibu kota provinsi Qinghai pagi tadi. 

Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniahnya mengucapkan selamat datang kepada tetamu dari pelbagai negara, sambil menyatakan bahawa pembangunan tamadun ekologi amat signifikan bagi kemajuan umat manusia.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah mengambil tindakan holistik dalam usaha memulihara gunung-ganang, sungai, hutan, tanah ladang, tasik dan padang rumput. 

Forum bertemakan "membentuk sistem pemuliharaan alam yang berteraskan taman negara", memberi peluang kepada para peserta untuk bertukar-tukar pendapat mengenai pembinaan tamadun ekologi dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

徐国玮