Majlis Perkahwinan Disurami 63 Kematian

2019-08-19 13:40:25  CRI
Share with:

Satu majlis perkahwinan di barat Kabul bertukar hiba apabila 63 orang maut dan lebih 180 lagi cedera dalam serangan bom nekad.

Jurucakap kerajaan Afghanistan, Nasrat Rahimi memaklumkan, letupan berlaku pada pukul 10.40 malam Sabtu lalu. Angka kematian disahkan polis tempatan.

Setakat ini, belum ada pertubuhan atau individu tampil mengaku bertanggungjawab. Taliban Afghanistan telah menafikan penglibatan mereka. 
 

覃淼