Xi Adakan Tinjauan di Gansu

2019-08-20 14:04:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124895526_15662298450331n

Presiden Xi Jinping mengadakan tinjauan di provinsi Gansu, barat laut China semalam.

Xi tiba di Groto Mogao pada sebelah petang untuk melihat kerja-kerja pemuliharaan dan penyelidikan relik budaya di tapak tinggalan sejarah yang diberi perlindungan peringkat kebangsaan.

Beliau turut mengunjungi Institut Penyelidikan Dunhuang untuk memeriksa pameran relik berharga dan pencapaian akademik yang berkaitan.

Beliau menggalakkan mereka yang berkecimpung dalam bidang tersebut agar menyebarkan kisah-kisah Groto Mogao yang memperlihatkan pertembungan pelbagai budaya dan saling belajar antara tamadun melalui Jalan Sutera purba.

Katanya, jika mahu budaya China mengecapi kegemilangan baharu, interaksi dengan negara-negara lain perlu dilakukan dengan minda terbuka dan kesediaan untuk menimba daripada pengalaman tamadun lain.

Groto Mogao di Dunhuang merupakan tapak komplex kuil dan groto Buddha yang paling besar di China.

胡星