Lagi Tangguh Larangan Dagang terhadap Huawei

2019-08-20 14:08:20  CRI
Share with:

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) akan memberi kelonggaran sementara terhadap urus niaga membabitkan gergasi teknologi Huawei, berkuat kuasa selama 90 hari.

Langkah yang diumumkan semalam itu menangguhkan larangan perdagangan melibatkan produk dan perkhidmatan Huawei, dengan tujuan untuk mengelakkan terjejasnya kepentingan pengguna AS.

Sementara itu, jabatan tersebut menambah lagi 46 syarikat di bawah Huawei dalam senarai larangan bermula semalam. 

Pada 15 Mei, Huawai dan 68 syarikat di bawahnya dimasukkan dalam senarai berkenaan. 
 

徐国玮