Pendidikan Vokasional Cegah Keganasan

2019-08-20 14:09:08  CRI
Share with:

Kertas putih Dewan Negara China mengenai pendidikan dan latihan kemahiran vokasional di Xinjiang telah mendapat pujian daripada tokoh-tokoh di seberang laut.

Inisiatif yang dihuraikan dalam kertas putih itu dianggap efektif bagi memerangi keganasan dan ekstremisme keagamaan, serta menjamin ketenteraman sosial dan kesejahteraan yang berkekalan di wilayah tersebut. 

Ketua penyelidik dari Pusat Penyelidikan Asia Pasifik, Institut Ekonomi Dunia dan Hubungan Antarabangsa, Akademi Sains Rusia, Alexander Lomanov berkata, pusat pendidikan dan latihan vokasional di Xinjiang memberi peluang kepada penuntut untuk belajar bahasa standard negara, mengasah pengetahuan undang-undang dan kemahiran vokasional, sekali gus mengelakkan mereka terjebak dengan ekstremisme.

Penyelidik dari Pusat Dialog Agama Antarabangsa Doha Qatar, Nabil Al Sharabi berpendapat, pendidikan vokasional dan undang-undang membantu meningkatkan kualiti budaya hidup penduduk serta merangsang pembangunan ekonomi tempatan Xinjiang. Pendekatan ini juga mencantas keganasan dari akar umbinya, justeru menyumbang kepada usaha serupa sedunia.

Profesor Kuzyev dari Universiti Bahasa Dunia Kebangsaan Uzbekistan pula berkata, pendidikan vokasional mengelakkan penduduk terpengaruh dengan fikiran ekstremis keagamaan. Tiada serangan keganasan berlaku di Xinjiang dalam masa hampir tiga tahun, membuktikan keberkesanan langkah-langkah yang diambil pihak berkuasa.

徐国玮