China, Laos Jalankan Latihan Kemanusiaan

2019-08-20 14:05:15  CRI
Share with:

Latihan kemanusiaan dan perubatan bersama "Peace Train-2019" melibatkan China dan Laos dilancarkan di pinggir utara Vientiane kelmarin.

Bantuan selepas bencana banjir lumpur menjadi latar belakang program. Latihan memfokuskan penyelarasan kerja menyelamat termasuk memindahkan dan merawat mangsa yang cedera, serta mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

Aktiviti memanfaatkan kemudahan moden seperti hospital khemah, helikopter penyelamat, dewan pembedahan bergerak serta lain-lain kelengkapan yang dapat membantu meningkatkan kecekapan pasukan perubatan kedua-dua pihak.

胡星