AS Digesa Henti Kekang Syarikat China

2019-08-20 11:31:13  CRI
Share with:

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara perusahaan China dengan Amerika Syarikat (AS) adalah saling menguntungkan. AS digesa berhenti mengekang dan mengenakan sekatan terhadap syarikat China, termasuk Huawei, tanpa alasan yang munasabah.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Donald Trump yang menyatakan tidak mahu berurus niaga dengan Huawei.

Katanya, AS juga diminta menunaikan janjinya dan melayan syarikat China secara adil dan sama rata tanpa diskriminasi, selain menambah usaha untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan berkembang secara sihat dan mampan.

覃淼