Gesa Batal Rancangan Jual Senjata

2019-08-20 13:49:20  CRI
Share with:

China telah menyuarakan bantahan keras terhadap rancangan Amerika Syarikat (AS) menjual pesawat pejuang F-16V kepada Taiwan.

Jurucakap Pejabat Urusan Taiwan Dewan Negara China, Ma Xiaoguang semalam menyatakan, tindakan AS itu merupakan campur tangan dalam hal ehwal dalaman China, serta melanggar dasar satu China dan tiga pengumuman bersama kedua-dua negara.

Tindakan berkenaan juga menjejaskan hubungan China dan AS, hubungan Taiwan dengan Tanah Besar, malah keamanan dan ketenteraman di kawasan Selat Taiwan.

AS digesa membatalkan rancangan menjual senjata dan berhenti memberikan isyarat salah kepada kumpulan pemisah di Taiwan.

China akan bertindak sewajarnya untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

覃淼