Xi Teruskan Tinjauan di Gansu

2019-08-21 14:35:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124900195_15663220506021n

Presiden Xi Jinping meneruskan agenda tinjauan di provinsi Gansu, barat laut China semalam.

Beliau tiba di Genting Jiayu dan mendengar penjelasan mengenai bahagian Koridor Hexi, Tembok Besar dan sejarah genting itu. Beliau turut mengunjungi Sekolah Peili Kaunti Shandan di bandar Zhangye dan melawat sebuah ladang ternakan kuda.

图片默认标题_fororder_1124900195_15663220507681n

Xi menekankan bahawa warga China mesti mengutamakan perlindungan dan pewarisan tinggalan sejarah dan budaya, yang menjadi asas kukuh bagi semangat seluruh bangsa.

Beliau berkata, Tembok Besar, Sungai Yangtze dan Sungai Kuning semuanya simbol nusa dan semangat bangsa China. Warga China mesti berusaha untuk menjaga simbol ini dengan baik.

覃淼