Xi, Duterte Jumpa di Beijing

2019-08-30 13:43:49  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124939035_15670915723591n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte di Beijing semalam.


Xi menyatakan dengan sinergi kedua-dua pihak, ikatan bilateral diperkukuh dan dilonjakkan, menyaksikan hasil ketara dicapai terus-menerus.

Katanya, situasi antarabangsa dan serantau sedang mengalami perubahan besar dan kompleks. Namun, keamanan, pembangunan, kerjasama dan saling untung tetap menjadi arus sezaman yang tidak dapat dihalang.

图片默认标题_fororder_1124939035_15670916289121n

China sedia mengimport lebih banyak produk pertanian berkualiti dari Filipina, dan akan menghantar pakar untuk memperkenalkan teknologi pertanian dan perikanan.

Beliau menyatakan perlunya terus meningkatkan penyelarasan antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan program "Bina, Bina, Bina" Filipina, di samping melaksanakan projek kerjasama melibatkan infrastruktur, taman industri, telekomunikasi dan tenaga. 

Berhubung isu Laut China Selatan, Xi berkata China dan Filipina telah mengekalkan komunikasi efektif.

Beliau beranggapan asalkan kedua-dua pihak mengendalikan isu berkenaan dengan baik, ikatan bilateral akan bertambah baik, asas hubungan lebih stabil, manakala kedamaian serantau terjamin. 

Kedua-dua pihak boleh melangkah lebih besar dalam penerokaan bersama minyak dan gas asli di luar pesisir.

Duterte menyatakan kesediaannya untuk memajukan perkongsian strategik komprehensif dengan China demi manfaat bersama.

Kedua-dua pihak telah mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa antara kerajaan dan kumpulan kerja antara perusahaan bagi membimbing penerokaan bersama minyak dan gas asli.

Selepas pertemuan, dua presiden menyaksikan wakil kedua-dua pihak bertukar-tukar dokumen kerjasama bilateral.

Duterte sedang dalam rangka lawatan ke China selama lima hari bermula 28 Ogos.


 

张哲