Polis Indonesia Larang Tunjuk Perasaan

2019-09-03 13:41:12  CRI
Share with:

Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian mendakwa ada kuasa asing yang terlibat dalam rusuhan di Papua. Polis tempatan akan melarang tunjuk perasaan yang mungkin mencetuskan anarki.

Ketika menghadiri aktiviti polis di Jakarta kelmarin, Tito menyatakan polis telah membenarkan penduduk menyuarakan pendapat melalui tunjuk perasaan, namun protes yang berubah menjadi rusuhan mengakibatkan kematian dan kecederaan polis dan penduduk awam serta kerugian harta benda.

Sejak 19 Ogos, rentetan rusuhan dan kekerasan berlaku di Papua Barat dan Papua. Pada 29 Ogos, banyak bangunan dan kemudahan awam termasuk bangunan parlimen, pejabat pos, fasiliti telekomunikasi mudah alih, hospital, pusat beli-belah dan institusi kewangan dibakar dan dimusnahkan. 

Penduduk Papua yang berada di Jakarta, Medan dan Bali turut mengadakan perhimpunan.

Polis di seluruh negara sudah menyenaraikan mereka yang memusnahkan harta awam sebagai suspek jenayah. Polis Jakarta telah menahan beberapa orang yang membawa sepanduk " kemerdekaan Papua" semasa berhimpun.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷