Niat AS Mustahil Berjaya

2019-09-05 11:54:53  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_aebb9f80-9c45-4a14-93f1-3d34aae96f19

Latihan bersama membabitkan tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan sepuluh negara ASEAN dilancarkan di timur Bangkok pada 2 September. 

Latihan yang diatur buat pertama kalinya itu, turut menjadualkan program latihan di perairan Laut China Selatan. 

Pemerhati China, Zhang Junshe menganggap AS benar-benar ingin memperluas pengaruhnya melalui latihan kali ini, hingga dapat mempengaruhi trend strategik negara-negara ASEAN supaya memihak kepada AS dalam isu keselamatan dengan China. Niat ini mustahil berjaya.

Zhang menekankan, China dan negara-negara ASEAN telah mencapai konsensus untuk menangani perselisihan melalui rundingan. Kedua-dua pihak tidak mahu perselisihan di Laut China Selatan menjejaskan persahabatan dan kerjasama. 

Katanya, negara-negara ASEAN tidak mahu melihat isu yang tenang kembali berombak. Situasi tegang di Laut China Selatan tidak selaras dengan kepentingan negara-negara ASEAN.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_2d0e66f1-4e18-4455-909c-e8e63592eda1

曹捷