Kerjasama China dan ASEAN dalam membasmi kemiskinan telah membuahkan hasil ketara. Kedua-dua pihak komited merancakkan kerjasama pembangunan mampan dan meneroka titik pertumbuhan baharu bagi kerjasama.
Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilin berujar demikian ketika menghadiri satu seminar mengenai inovasi dan pembasmian kemiskinan di Hanoi, Vietnam petang semalam.
Menyentuh pergeseran ekonomi dan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS), Huang berkata, eksport dan pertumbuhan ekonomi banyak negara ASEAN menjadi perlahan kerana terkena tempias pergeseran yang semakin meruncing.
Langkah balas yang diambil China bertujuan melindungi multilateralisme dan sistem perdagangan bebas. Ini signifikan bagi negara kecil dan sederhana di rantau ini yang amat bergantung pada perdagangan luar.
Seminar Inovasi dan Pembasmian Kemiskinan demi Pembangunan Mampan adalah atas anjuran bersama Misi China ke ASEAN, Sekretariat ASEAN dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).