Xi Tekankan Peranan Maktab Pertanian

2019-09-06 13:38:50  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping menggalakkan maktab-maktab pertanian di serata negara mengintensifkan pendidikan moral dan pemupukan bakat untuk menggalakkan pembangunan sektor pertanian.

Penekanan itu dibuat dalam surat balas kepada setiausaha, presiden dan pakar dari lebih 50 maktab pertanian semalam.

Xi berkata, modenisasi negara tidak boleh dipisahkan daripada pemodenan pertanian dan kawasan desa, manakala kunci kepada pemodenan pertanian dan kawasan desa letaknya pada sains dan teknologi serta sumber manusia.

Institusi pengajian tinggi berkenaan diharap dapat mempertingkat output dari segi sains dan teknologi. Ini bagi menjamin keselamatan bijirin, menambah baik taraf hidup petani dan menggalakkan pengurusan sistematik persekitaran ekologi, serta menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dan kemajuan desa.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张宪