Li Keqing: Hala Tuju Terus Buka Pasaran China Tidak Berubah

2019-09-07 15:25:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124970621_15677833638161n

Jerman ialah rakan strategik semua jurusan bagi China. China mengambil berat hubungan dengan Jerman, dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan pemimpin agensi EU penggel baharu supaya mendorong rundingan perjanjian pelaburan China-Eropah. 

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Beijing semalam. Mereka turut menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama bilateral. 

Li Keqiang berkata, China dan Jerman perlu memegang konsep terbuka untuk memperluas keterbukaan sesama diri. Tegas beliau, hala tuju terus membuka pasaran China tidak akan berubah, begitu juga dasar menarik pelaburan asing. Sementara itu, usaha melindungi hak harta intelek pula akan terus diintensifkan. Beliau berharap Jerman juga boleh mengekalkan pasaran yang terbuka, melonggar sekatan eksport teknologi kegunaan awam, memberikan syarikat China layanan yang adil dan sama rata, meningkatkan kerjasama bidang pemanduan automatik, inovasi teknikal dan AI (kecerdasan buatan) serta meneruskan interaksi pendidikan remaja dan vokasional. Angela Merkel pula berkata, Jerman mengalu-alukan langkah China dalam bidang kewangan, insurans dan perkhidmatan, di samping itu menyambut pelaburan syarikat China di Jerman. Pihaknya bersedia bersama-sama China untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pemanduan automatik, digitalisasi dan pendidikan vokasional.

张宪