China dan Jerman Memperluas Kerjasama

2019-09-07 14:35:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124970478_15677778161331n

Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Canselor Jerman, Angela Merkel di Beijing semalam menekankan, kerjasama antara China dan Jerman perlu terus diperluaskan. Kedua-dua pihak diharap mengekalkan semangat saling menghormati, berdialog dan berunding, menghormati model pembangunan masing-masing, mempertimbangkan kepentingan utama masing-masing, dan mengembangkan perkongsian strategik yang berdialog secara sama rata, bekerjasama secara saling untung, berkomunikasi dan saling belajar.

Xi menyatakan, China dan Jerman telah membuahkan banyak hasil dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan melalui lawatan Merkel kali ini, yang turut membuktikan China menunaikan janjinya untuk memperluas keterbukaan. Pasaran China cukup besar dan akan semakin besar seiring dengan perkembangan yang mampan. Ini akan membawa lebih banyak peluang baharu kepada Jerman dan negara lain. Kedua-dua negara ini diharap merancakkan kerjasama dalan bidang pemanduan automatik, automobil tenaga alternatif, pembuatan pintar, kederdasan buatan (AI), digitalisasi dan 5G, bersama-sama memupuk dan meneroka pasaran masa depan. China sedang mempercepat pembukaan pintu kepada luar dalam sektor kewangan dan perkhidmatan, yang dialu-alukan pelaburan dari Jerman. Selain itu, China juga mengalu-alukan syarikat Jerman mengambil bahagian dalam pembangunan koridor ekonomi sungai Yangtze.

China dan Jerman diharap bersama-sama mengambil sikap bertanggungjawab, memeliara keadilan antarabangsa, menjaga perdagangan bebas dan multilateralisme, meningkatkan kerjasama dalam bidang perubahan iklim dan kerjasama dengan negara-negara Afrika.

Merkel pula menyatakan, Jerman amat gembira kerana dapat berkongsi hasil pelaksanaan dasar China tentang memperluas keterbukaan, bersedia terus menambah pelaburan ke China di samping menggalakkan pertukaran sosiobudaya. Jerman juga bersedia memainkan peranan konstruktif dalam hubungan Eropah dengan China.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷